Menteri Kanana (Keselamatan) Dato’s Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan sesiapa yang kini berada di kampung halaman dan ingin pulang ke rumah masing-masing, boleh memohon di balai polis berhampiran mulai Sabtu ini. Pengumuman ini dibuat petang tadi.
Beliau turut memaklumkan permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih, Gerak Malaysia. Aplikasi tersebut dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Pengguna yang tidak mempunyai telefon pintar juga boleh membuat permohonan tersebut dengan menghubungi balai polis yang berdekatan.
“Bagaimanapun perkara ini masih dalam kajian, jika pergerakan akan bermula pun saya percaya mungkin selepas 1 Mei nanti…tak ada jaminan lagi, kerana setakat ini kita masih tunggu laporan mulai 25 April ini sebab setiap laporan ke balai polis atau dalam talian pun akan bermula pada 25 haribulan.
Waktu itu kita akan lihat seramai mana nak pulang dan sebagainya, barulah kita boleh merancang dan keluarkan SOP (Prosedur Operasi Standard) tertentu yang ketat dan sebagainya,”
Aplikasi Gerak Malaysia merupakan aplikasi kedua dari kerajaan Malaysia selepas MySejahtera yang bertujuan membantu menghadapi wabak pandemik COVID-19.













