Video muzik lagu Zombie dari kugiran The Cranberries telah mencecah lebih dari 1 billion tontonan di Youtube. Lagu yang bertemakan protes anti-keganasan ini ditulis oleh vokalisnya, mendiang Dolores O’Riordan pada tahun 1994.
“Zombie” merupakan video ketiga dari era 1990’an dan yang keenam dari abad ke-20 yang mencapai aras 1 billion tontonan di Youtube. Lain-lain lagu yang pernah mencecah aras tersebut adalah Guns N’ Roses – “November Rain” (1992); Nirvana – “Smells Like Teen Spirit” (1991); Guns N’ Roses – “Sweet Child O’ Mine” (1987); A-ha – “Take On Me” (1985); dan Queen – “Bohemian Rhapsody” (1975).
The Cranberries merupakan artist pertama dari Ireland pertama yang mencapai bilangan tontonan 1 billion di Youtube. Sehingga kini, tontonan video muzik “Zombie” secara puratanya sekitar 178,000 setiap hari di Youtube. Beberapa minggu kebelakangan ini, kugiran berkenaan telah menggalakkan para peminatnya membantu “Zombie” mencapai paras 1 billion tontonan di Youtube, dan kemudiannya telah dicapai pada 18 April 2020.
Lagu tersebut ditulis oleh mendiang Dolores O’Riordan sebagai lagu protes selepas pengeboman IRA di Warrington, England pada Mac 1993. Insiden berkenaan telah menyebabkan kematian dua orang kanak-kanak dan mencederakan 56 yang lain. “Zombie” menampilkan lantunan vokal gaya yodel oleh Dolores O’Riordan turut diterbitkan bersama-sama Stephen Street (The Smiths, Blur).
Diterbitkan sebagai single pada September 1994, “Zombie” turut dimuatkan di dalam album kedua The Cranberries, “No Need to Argue.”
Apabila video muziknya membuat kemunculan sulung sekitar musim luruh 1994, ianya telah diharamkan oleh BBC kerana memaparkan imej ganas termasuk imbasan kanak-kanak memegang senjata api. Video rasmi “Zombie” yang dihasilkan ketika era sebelum HD telah dimuat naik ke Youtube pada Jun 2009.
Tonton video “Zombie” dari The Cranberries di bawah.













