Utama Android Samsung Malaysia Melangkah ke Era Ultra Bersama Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z...

Malaysia Melangkah ke Era Ultra Bersama Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 di Pavilion Kuala Lumpur!

112
0

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2025 – Samsung Malaysia telah memulakan pameran menarik dan imersif bagi siri Galaxy Z dan Galaxy Watch8 yang serba baharu pada 16 Julai di Pavilion Kuala Lumpur, di mana rakyat Malaysia berpeluang merasai sendiri teknologi mudah alih lipat terkini daripada Samsung.

Meraikan evolusi siri Galaxy Z sejak pelancarannya pada 2019, Galaxy Unfolds Roadshow mempamerkan perjalanan Samsung sebagai pelopor dalam membangunkan teknologi telefon pintar boleh lipat yang tahan lama dan memenuhi keperluan pengguna. Hari ini, siri Galaxy Z telah menjadi sebahagian daripada barisan produk utama Samsung dan elemen penting dalam ekosistemnya, menawarkan pengalaman lancar dan berkuasa menerusi Galaxy AI dan Gemini Live.

Pelancaran Rasmi Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 di Malaysia

Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Charles Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics, bersama Matthew Ng, Ketua Perniagaan Mobile eXperience, Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran, dan Kevin Kim Taehoon, Pengarah Perniagaan Mobile eXperience Samsung Malaysia. Model-model peragaan tampil di pentas dengan peranti Galaxy Z dalam gaya bertemakan galaksi dan angkasa, menyerlahkan rekaan anggun Galaxy. Pelakon dan model terkenal Korea, Lee Soo-hyuk, turut membuat penampilan khas.

Suara Pengalaman: Pencipta Kandungan Kongsi Cerita Galaxy Mereka

Antara yang turut menyerikan acara ialah pencipta kandungan terkenal seperti Umar Naqshbandi dari Product Nation, Jinnyboy (YouTuber), dan Mekyun, pencipta kandungan gaya hidup. Mereka berkongsi bagaimana Galaxy AI dan Gemini Live membantu dari segi produktiviti, kreativiti, dan rutin kesejahteraan mereka.

Zon Pameran Interaktif di Galaxy Unfolds Roadshow:

  1. Wall of Innovation
    Jejaki evolusi telefon lipat Samsung – daripada yang pertama ke model tahan lasak terkini dengan Armor FlexHinge dan keupayaan Galaxy AI.
  2. AI Health Zone
    Sertai perbualan dengan Gemini Live dan cipta pelan kesihatan peribadi berdasarkan data waktu nyata daripada Galaxy Watch8. Termasuk fungsi Antioxidant Scan, Vascular Load, dan alat pengurusan tekanan.
  3. Productivity Zone
    Rasai sendiri bagaimana Galaxy Z Fold7 memacu produktiviti dengan Note Assist, dan menyelesaikan soalan kompleks menggunakan Gemini Live.
  4. SmartThings AI Zone
    Kawal peranti rumah pintar anda, rancang hidangan, automasi rutin harian menggunakan Gemini Live dalam ekosistem SmartThings yang saling berhubung.
  5. Personalisation Station
    Serlahkan gaya peribadi anda dengan pelbagai aksesori, sarung telefon, dan tali jam Galaxy Watch8 – sesuaikan mengikut citarasa anda!

Tempah Awal Sekarang dan Nikmati Tawaran Eksklusif!

Pra-tempahan dibuka dari 9 hingga 31 Julai 2025, dengan harga bermula dari RM3,999 untuk Galaxy Z Flip7 FE. Tempah juga Galaxy Watch8 atau Galaxy Watch Ultra dan nikmati penjimatan hingga RM966. Dapatkan diskaun hingga 30% untuk tali jam tambahan dengan pra-tempahan.

Model RAM + Memory Colour RRP
Galaxy Z Fold7 12+256GB Silver Shadow RM 7,799
  • Registration of Interest RM180
  • Samsung Reservation+ RM210
  • Double Storage Upgrade RM600
  • CIMB Card Rebate RM 400
Blue Shadow RM 7,799
Jetblack RM 7,799
Mint (Online Exclusive) RM 7,799
12+512GB Silver Shadow RM 8,399
Blue Shadow RM 8,399
Jetblack RM 8,399
Mint (Online Exclusive) RM 8,399
16GB + 1TB Blue Shadow RM9,899
Jetblack RM 9,899
Galaxy Z Flip7 12+256GB Blue Shadow RM 4,999
  • Registration of Interest RM180
  • Samsung Reservation+ RM210
  • Double Storage Upgrade RM600
  • CIMB Card Rebate RM300
Coral Red RM 4,999
Jetblack RM 4,999
Mint (Online Exclusive) RM 4,999
12+512GB Blue Shadow RM 5,599
Coral Red RM 5,599
Jetblack RM 5,599
Mint (Online Exclusive) RM 5,599
Galaxy Z Flip7 FE (Online Exclusive) 8+128GB Black RM 3,999
  • Registration of Interest RM180
  • Samsung Reservation+ RM210
  • Double Storage Upgrade RM600
  • CIMB Card Rebate RM200
White RM 3,999
8+256GB Black RM 4,299
White RM 4,299

Perluas Ekosistem Galaxy Anda:

Model Connectivity Colour RRP Rebates
Galaxy Watch8 (44mm) WiFi Graphite RM1,399
  • Fabric Band M/L worth RM159

   OR

  • Fabric Band S/M worth RM159
  • Enhanced trade-in Rebate up to RM200
Silver RM1,399
WiFi + LTE Graphite RM1,699
Silver RM1,699
Galaxy Watch8 (40mm) WiFi Graphite RM1,299
Silver RM1,299
WiFi + LTE Graphite RM1,599
Silver RM1,599
Galaxy Watch8 Classic (46mm) WiFi Black RM1,799
  • Sport Band M/L worth RM159
  • Enhanced trade-in Rebate up to RM200
White RM1,799
WiFi + LTE Black RM2,099
White RM2,099
Galaxy Watch Ultra (2025) WiFi + LTE Titanium Blue RM3,399
  • Trail Band worth RM399
  • Galaxy SmartTag2 worth RM149
  • 15W Power Adapter without Cable worth RM59
  • 10,000mAh Battery Pack worth Rm159
  • Enhanced Trade-in Rebate up to RM200

Untuk Maklumat & Pembelian:

Tinggalkan komentar