YouTube sedang menjalankan pengujian untuk mengehadkan akses ke paparan lirik kepada pengguna percuma dalam jumlah tertentu. Jika melepasi had, pengguna akan diajukan dengan permintaan untuk menaik taraf langganan Premium.
Langkah ini pernah diperkenalkan oleh Spotify, namun telah dibatalkan kerana mendapatkan tentangan hebat daripada majoriti penggunanya.

Pengguna di Reddit Xinfinite telah berkongsikan ciri sedang diuji tersebut yang menunjukkan bilangan baki lirik yang boleh dipaparkan. Pengguna yang melebihi had kuota lirik akan diminta untuk menaik taraf kepada YouTube Premium untuk terus mendapatkan akses.
Beberapa pengguna Reddit lain turut menyatakan YouTube Music dilihat menggunakan LyricFind dan MusixMatch untuk menarik dan memaparkan lirik-lirik di dalam aplikasinya. Kemungkinan ia melibatkan kos bagi pihak YouTube dan atas sebab itu ia mengehadkan akses kepada pengguna percuma.













