YouTube dilaporkan telah mencapai penanda aras terbaru dengan lebih dari 2 billion penggunanya menonton perkhidmatan video atas talian berkenaan setiap bulan. Atau, hampir suku dari jumlah keseluruhan penduduk dunia.

Menurut CNET, pengumuman tersebut dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Youtube, Susan Wojcicki di dalam satu sesi pembentangan kepada pengiklan Youtube, Khamis lepas. Bilangan pengguna berkenaan telah mula dicapai sejak Februari lalu oleh laman perkhidmatan video berkenaan.

Bagaimanapun, angka billionan penonton berkenaan tidak dapat diterjemahkan kepada jumlah keuntungan melaluinya. Harga saham syarikat induk Google, Alphabet telah jatuh Isnin minggu lepas berikutan berita mengenai penyusutan dalam pertambahan keuntungan. Sebahagiannya diakibatkan oleh penurunan dalam ‘ad-clicks’ dari YouTube.

Reputasi YouTube agak terjejas sedikit sehingga mengakibatkan beberapa pengiklan besar seperti AT&T dan Disney menarik keluar buat sementara waktu dari platform video tersebut.

Masalah ini berpunca dari sebahagiannya dari segelintir saluran-saluran YouTube yang menyebarkan berita palsu serta komen-komen yang jelek dari penggunanya terhadap video-video yang memaparkan kanak-kanak.

Bagi mengatasinya, beberapa langkah telah diambil oleh YouTube seperti

  • menyekat komentar di dalam video yang menunjukkan kanak-kanak
  • menambah fungsi pengesahan fakta untuk video dengan topik sensitif
  • menggiatkan usaha pembersihan video-video yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan

Puan Susan Wojcicki turut menegaskan pihaknya akan meningkatkan lagi usaha ke arah persekitaran YouTube yang lebih bersih dan bebas dari anasir-anasir negatif.

Sumber berita diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar