Microsoft baru-baru ini telah menerbitkan kemaskini untuk aplikasi ‘Your Phone’ Windows 10 yang kini boleh memaparkan notifikasi dari peranti Android ke PC pengguna. Perkembangan ini merupakan lanjutan dari janji Microsoft pada Ogos 2018 yang mahu menjadikan aplikasi ‘Your Phone’ boleh memaparkan notifikasi dari telefon pengguna.
Ciri-ciri utama pada aplikasi ini bagaimanapun masih lagi dikekalkan seperti membaca dan membalas mesej teks, melihat foto pada pustaka peranti, dan juga fungsi menyeret dan meletak fail-fail antara peranti dan PC.
Melalui kemaskini terbaru ini, pengguna akan mendapat paparan notifikasi di PC yang sama seperti yang dipaparkan pada peranti. Justeru, mempermudahkan dan meningkatkan lagi produktiviti sewaktu menggunakan PC.
Notifications have arrived! With the Your Phone app, you can now receive and manage your Android phone’s notifications on your PC. Get Your Phone app from the Microsoft Store here: https://t.co/E56Z8eVdIR pic.twitter.com/ovlKi1QOJy
— Windows Insider (@windowsinsider) July 2, 2019
Untuk peringkat seterusnya, Microsoft berhasrat ingin memasukkan fungsi membalas notifikasi tersebut – melalui Twitter, WhatsApp dan sebagainya seperti yang disediakan pada aplikasi SMS. Buat masa ini fungsi berkenaan dalam bentuk Beta dan ditawarkan untuk pengguna-pengguna yang terlibat dengan program Windows Insider. Dijangkakan fungsi berkenaan bakal dilancarkan kepada umum tidak berapa lama lagi.
Sumber berita diperoleh dari Engadget













