Keadaan dunia secara keseluruhan buat masa ini sangat tidak stabil. Bila mana di Asia Barat mengalami ketidakstabilan politik dan di Jepun pun pula baru sahaja mengalami musibah gempa bumi dan tsunami yang bertimpa-timpa, keadaan ekonomi dunia dilihat bakal mengalami kejatuhan.
Apakah persediaan negara kita?
Kelihatan di dada-dada akhbar mainstream dan juga berita-berita di media mainstream melaporkan tentang kesibukan para ahli politik kita berdebat mengenai video seks.
Video seks?
Kepala hotak diorang. Aku ingat dalam keadaan ekonomi dunia yang merosot ni, ahli-ahli politik kita semua akan berdebat mengenai kaedah menangani permasalahan yang paling berkesan. Sekali sembang pasal video blue daa. Hapa punya perangai. Sebijik macam budak-budak sekolah dapat ‘bahan’ baru.
Macam mana lah kita boleh vote orang-orang yang macam ni untuk menyelesaikan masalah kita semua ni?
Atau pemikiran aku ni je yang terlalu kuno untuk menerima keadaan ini semua?













dni pon tak suka berita sana sini tv newspaper asik video ni je nyampasss ai nyah