Huawei Nova 2i bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi. Baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas, peranti ini akan mula dijual pada 13 Oktober 2017 dengan harga pasaran RM1,299 (termasuk GST). Xpax telah membuka pra tempahan bagi Huawei Nova 2i, membolehkan anda memperoleh telefon pintar peringkat pertengahan ini dengan hanya RM110 sebulan melalui pelan Xpax EasyPhone.
Dapatkan Huawei Nova 2i dengan hanya RM110 untuk tempoh 24 bulan melalui Xpax EasyPhone. Bayaran ini turut merangkumi kredit RM 30 untuk setiap bulan. Anda juga boleh memilih untuk memasukkan pelan perlindungan dari Xpax pada RM23 sebulan. Sama dengan apa yang ditawarkan oleh Huawei, anda juga akan menerima cenderahati premium untuk setiap pembelian. Selain itu, untuk 20 penempah terawal, anda berpeluang untuk beramah mesra dengan Hannah Delisha pada 13 Oktober 2017 di Bluecube Sunway Iconic.
Xpax EasyPhone merupakan sebuah pelan ansuran untuk prabayar Celcom. Ia membenarkan pelanggan mendapatkan telefon baru tanpa menggunakan kad kredit dan wang pendahuluan. Antara syarat yang telah ditetapkan adalah mesti warganegara Malaysia yang berusia 18 ke atas dan mengemukakan penyata pendapatan sewaktu permohonan.
Huawei Nova 2i adalah sebuah telefon pintar pertengahan keluaran syarikat dari China ini. Apa yang membezakan telefon pintar ini adalah ia memiliki empat jenis kamera yang berlainan, serta paparan 18:9, pertama seumpamanya pada telefon pintar Huawei. Ia juga memiliki paparan 5.9” 2160 x 1080, dikenali sebagai FullView Display. Di dalamnya pula, Nova 2i menggunakan chipset HiSilicon Kirin 659 digandingkan dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB yang boleh diperbesarkan.
Untuk kamera, the Nova 2i bukan sahaja hadir dengan sistem dwi kamera pada bahagian belakangnya, malah bahagian hadapannya turut sama dilengkapi dengan sistem dwi-kamera. Kamera utama di bahagian belakangnya mempunyai penderia 16MP bergandingan dengan kamera 2MP untuk kesan khas bokeh Untuk hadapannya pula, ia menawarkan 13MP sebagai kamera utama dan disokong dengan kamera 2MP. Lain-lain, telefon pintar Huawei terbaru ini menyediakan bateri 3,340mAh battery, dan dioperasikan oleh Android 7.0 dengan antara muka EMUI 5.1.
Layari laman Xpax untuk membuat pra tempahan Huawei Nova 2i














EasyPhoone ni boleh ye…prepaid skrg pun ada pelan dgn telephone
Xpax skrg ni juga ada promotion, best lah
first time i dengar prepaid pun ada plan dgn beli hp, promosi yg tengah ada tu mmg best sbb dpt 2 kali data utk semua add onn.
promosi data berganda tu mana best? lagi berapa hari dah habis promosinya. lagipun data percuma utk add on tu hanya blh pakai waktu tengah malam je.
Yo….Promosi add-on data 2 kali ganda ni dah 1 bulan lebih
Skrg baru tinggal beberapa hari je, promosi lain ada lagi utk perayaan lain kot.
Yg hi-speed internet tu utk saya mmg x cukup, sebab tu la kena subscribe add-on lagi….
XPAX skrg ada promo lagi….x beli rugi ye
Huawei 2i ni best pun kat harga murah
pelan ni mcm berbaloi je
i tak minat sgt dgn huawei ni tapi i suka pakai data video walla dia, add on utk video walla pun murah je, rm7 dpt 20gb data video.
video walla tu bagus ke? apps yg blh pakai utk strim video dgn video walla ni byk kena bayar, bkn free utk strim pakai apps. nanti tamabah pulak kos kita utk strim drama atau movie online.
Video walla not bad lah…kerana tengok videos, dramas dan movies guna byk data, terutamanya yg HD….Sebab tu lah video walla baik
partners apps video walla ni cth: Netflix mmg kena subscription fee, kerana kandungan semua hasil dan usaha pelakon….Klaw nak free tu cetak rompak tu….Tapi youtube ada byk video ori percuma pun
Tak nak lah yg ni….Kena ikat dgn kontrak beberapa tahun pun!
Lebih baik guna postpaid Umobile murah dan beli fon ni kat kedai….
postpaid bkn x baik, hanya kadang2 data x habis guna akan bazir mcm tu shj…
prepaid biasa blh kawal data, jika bila nak guna jadi top up shj… mcm ni lebih jimat…
xpax rm7 dpt 20gb… biasa 20gb pun dah rm70++
Lepas u beli fon tu kena pakai pelan data juga….
Klaw beli berasingan kos tu amat tinggi
KOntrak tu 2 tahun je, sekejap dah akan lepas
Saya lebih suka yg postpaid punya, Digi dan Maxis ada pelan dgn Huawei Nova 2i pula
skrg prepaid pun blh sign plan dgn phone… lagi blh upgrade…
patut kawan saya beli ni dan guna dua kali ganda data…
adui… aku dah lambat ni…
Ya…tinggal 3 hari je dah tamat….
Klaw awak suka yg postpaid beli je lah postpaid….
Tappi utk saya pun lebih cenderung prepaid kerana lebih murah