Xiaomi telah mengumumkan Redmi 7A kini tiba di pasaran Malaysia. Telefon pintar ini direka untuk segmen pasaran peringkat permulaan, justeru menjadikan harganya tawarannya pada nilai bajet.

Redmi 7A dilengkapkan dengan paparan HD+ 5.45-inci bersama-sama cipset Qualcomm Snapdragon 439 dan RAM 2GB di dalamnya. Di belakangnya ditempatkan sebuah kamera 12MP dengan penderia Sony IMX486. Manakala di hadapannya pula menempatkan kamera swafoto 5MP. Tidak ketinggalan, telefon pintar ini hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Untuk pasaran Malaysia, Redmi 7A ditawarkan dengan dua pilihan variasi iaitu kapasiti storan dalaman 16GB pada harga RM399 dan variasi 32GB yang dijual pada harga RM439.

Kedua-duanya kini sudah boleh didapati di kedai-kedai Mi Stores dan wakil pengedar yang sah di seluruh negara bermula dari hari ini. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya secara dalam talian, anda boleh mendapatkannya di Shopee pada 22 Julai nanti dan 26 Julai di Lazada.

Tinggalkan komentar