Xiaomi Pocophone F1 secara rasminya telah pun dilancarkan di Jakarta, Indonesia hari ini. Dalam majlis pelancarannya, pihak Xiaomi turut mengumumkan tarikh kemasukan telefon pintar berkenaan ke pasaran Malaysia bersama-sama harga saranannya.

Berita mengenai Xiaomi Pocophone F1 telah pun mula tersebar sejak bulan lepas. Berdasarkan laporan, telefon pintar terbaru jenama sampingan dari Xiaomi ini menawarkan perkakasan berspesifikasi tinggi seperti chipset Qualcomm Snapdragon 845, sistem penyejukan cecair, dan paparan nir-bingkai 6.18″ Full HD+ yang bertakuk.

Untuk kameranya utamanya, telefon pintar ini menampilkan tetapan dwi-kamera 12MP + 5MP. Bagi kamera hadapannya pula, disediakan bersama-sama penderia 20MP lengkap dengan teknologi Xiaomi “Super Pixel”.

Telefon pintar ini dijangkakan akan tiba di pasaran Malaysia bermula 30 Ogos 2018 ini. Selain itu, pihak Xiaomi cuma membawa masuk model 6GB / 64GB dan 6GB / 128GB sahaja. Harganya pula masing-masing RM1,237 dan RM1,428 dan boleh didapati dalam dua pilihan warna – Graphite Black dan Steel Blue.

Bagaimanpun, harga yang dinyatakan tadi bakal mengalami perubahan selepas penguatkuasaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 10 September ini. Selepas tarikh tesebut, harga bagi Xiaomi Pocophone F1 akan dinaikkan kepada RM 1,299 dan RM 1,499 mengikut varian masing-masing 6GB / 64GB dan 6GB / 128GB.

Tinggalkan komentar