Xiaomi dilaporkan merancang untuk menghentikan siri Mi Max dan Mi Note. Seterusnya, menjadikan Mi Max 3 dan Mi Note 3 akan menjadi model-model terakhir untuk kedua-dua siri ini.

Maklumat ini telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Encik Lei Jun, atas perancangan untuk memberi tumpuan kepada siri-siri yang lain. Bagaimanapun, siri berkenaan hadir dengan penggantinya apabila Xiaomi merancang untuk mengeluarkan siri terbaru yang dikenali sebagai siri CC.

Langkah Xiaomi mahu menggantikan siri yang lebih lama dengan siri baru ini berkemungkinan bagi menampung keperluan pasaran semasa. Namun, setakat ini masih belum lagi maklumat lanjut mengenai siri CC didedahkan.

Terdapat desas-desus yang mengatakan siri Mi CC akan datang dengan mekanisme kamera flip, sama seperti Asus ZenFone 6. Walaubagaimanapun, segala maklumat mengenainya masih lagi di awang-awangan selagi masih belum disahkan oleh pihak Xiaomi.

Sumber berita diperoleh dari News 18

Tinggalkan komentar