Liputan rangkaian 5G di dunia pada masa ini masih lagi belum menyeluruh, bahkan pengguna umum di Malaysia sendiri pun masih lagi belum menikmatinya. Pun begitu, ini tidak menghalang Xiaomi menjadi pengeluar telefon pintar 5G Android nombor 1 di dunia.

Berdasarkan statistik yang disediakan oleh Strategy Analytics, syarikat teknologi dari China ini menguasai 25.7% pasaran dalam tempoh suku kedua tahun ini. Pertambahan ini turut disumbangkan oleh jualan 24 juta unit telefon pintar 5G melalui jenama Mi dan Redmi sepanjang tempoh tersebut.

Salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan jumlah jualan ini juga adalah disebabkan harga kompetitif yang ditawarkan oleh Xiaomi. Sokongan rangkaian 5G tidak hanya ditawarkan pada telefon Xiaomi mercu, malah telefon bajet keluaran Xiaomi juga ada yang mempunyai 5G.

Keadaan ini membawa kepada keadaan teknologi 5G tidak lagi dilihat sebagai satu kelebihan unik. Malah ia membawakan keadaan satu kewajiban untuk disediakan walaupun liputan 5G di negara kita masih lagi belum disediakan.

Tinggalkan komentar