Utama Android Xiaomi Xiaomi Mix Fold 2 dilancarkan; Hadir dengan Snapdragon 8+ Gen 1, Kejuruteraan...

Xiaomi Mix Fold 2 dilancarkan; Hadir dengan Snapdragon 8+ Gen 1, Kejuruteraan bersama Leica

708
0
xiaomi-mix-fold-2-dilancarkan

Sehari selepas pelancaran Samsung Galaxy Z Fold 4, Xiaomi turut melancarkan telefon pintar boleh lipat baharunya, Mix Fold 2. Peranti boleh lipat generasi kedua dari Xiaomi ini dilihat menawarkan jauh lebih baik dari keluarannya yang terdahulu, baik dari segi prestasi mahupun rekaannya.

Apabila dilipat, Mix Fold 2 menampilkan paparan AMOLED 6.56-inci 21:9 120Hz dengan perlindungan kaca Gorilla Glass Victus. Paparan dalamannya pula menawarkan paparan OLED LTPO2 8-inci 120Hz dengan kecerahan maksima 1,300 nits.

Telefon pintar ini berketebalan 5.4mm apabila dilipat dan 11.2mm apabila dibuka lipatannya, hampir sama dengan ketebalan iPhone 13 Pro Max.xiaomi-mix-fold-2-nipis iphone 13

Dari segi spesifikasinya, telefon pintar boleh lipat Xiaomi ini menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 bersama-sama RAM 12GB dan pilihan storan sehingga 1TB. Ia juga menyokong Bluetooth 5.2, NFC, Wi-Fi 6E, pengimbas cap jari terbina dalam paparan dan pemancar infra merah (infra-red, IR).

Kameranya pula menerima penalaan dari Leica dan menjadi peranti Xiaomi pertama yang membawa jenama tersebut selepas siri Xiaomi 12S. Salah satu daripada tiga kamera berkenaan merupakan kamera 50MP, dengan dua lagi daripadanya terdiri daripada kamera ultra-lebar 13MP dan kamera telefoto 8MP dengan zum optikal 2x. Tiada kamera swafoto disediakan pada paparan sebelah dalamnya, namun terdapat sebuah kamera 20MP pada bahagian cover screen.xiaomi-mix-fold-2-kamera leica

Telefon pintar boleh lipat baharu dari Xiaomi ini memuatkan bateri berkapasiti 4,500mAh untuk telefon pintar ini dengan sokongan pengecasan secara berwayar sehingga 67W. Telefon yang menggunakan antaramuka MIUI Fold 13 yang berasaskan Android ini tidak menyediakan sokongan pengecasan pantas.

Xiaomi Mix Fold 2 dijual pada harga bermula dari CNY8,999 (~RM5,931) untuk pilihan konfigurasi 12GB + 256GB. Bagi pilihan konfigurasi tertingginya pula, 12GB+1TBĀ  djiual pada harga CNY11,699 (~RM7,711). Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan emas. Setakat ini Xiaomi masih belum mengumumkan bilakah telefon pintar boleh lipat ini akan mula menemui pengguna pasaran antarabangsa.

Tinggalkan komentar