Dalam perihal teknologi, mendapat inspirasi dari sesuatu yang sudah dihasilkan adalah sesuatu yang lumrah. Terbaru, emotikon avatar 3D berasaskan teknologi AI keluaran terbaru dari Xiaomi, Mimoji kelihatan hampir sama dengan Memoji dari Apple.
Penggunaan imej avatar berbentuk manusia pada Mimoji ini adalah pertama kali diperkenalkan oleh Xiaomi. Sebelum ini Mimoji dari Xiaomi menggunakan rupa bentuk hayawan 3 dimensi.
Fungsi ini diperkenalkan bersama-sama pelancaran telefon pintar Xiaomi Mi CC9 yang dilancarkan di China baru-baru ini. Telefon pintar siri terbaru ini memfokuskan pada penggunaan fotografi swafoto dan juga penggiat-penggiat video blog khususnya untuk model Mi CC9 Meitu Edition.
Untuk makluman, Apple pertama kali memperkenalkan Memoji pada tahun 2017 dahulu bersempena pelancaran iPhone X. Fungsi berkenaan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pengguna kerana ia merupakan salah satu cara yang kreatif dalam berkomunikasi. Selain dari Apple dan Xiaomi, Samsung juga turut pernah menghasilkan emojinya sendiri melalui AR Emoji.
Sumber berita diperoleh dari The Verge













