Jenama Xiaomi bukanlah sekadar mengeluarkan telefon pintar semata-mata. Pengeluar barangan elektrik dan elektronik dari China ini juga menghasilkan pelbagai produk-produk lain seperti televisyen mellaui Mi TV.
Di Malaysia, barisan produk televisyen Xiaomi Mi TV secara rasminya belum lagi dilancarkan.
Namun, perkembangan terkini berdasarkan temubual dengan Pengurus Rantau Xiaomi untuk Malaysia dan Singapura, Encik Nicholas Shi oleh Amanz, menyatakan pengguna di Malaysia dijangka bakal menyaksikan Mi TV memasuki ke pasaran tempatan sekitar tahun ini.
Dalam pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan produk IoT Xiaomi yang lain turut dirancang untuk dilancarkan di Malaysia. Antaranya termasuklah Mi Watch, Mi Gaming Monitor, Mi Robot Vacuum Mop Pro dan banyak lagi.
Bagaimanapun, Encik Nicholas Shi tidak menyatakan tarikh pelancaran serta harga untuk pasaran tempatan bagi produk-produk tersebut.













