Lanjutan dari iklan-iklan acah yang diterbitkan oleh Xiaomi sejak beberapa hari kebelakangan ini, kini Xiaomi telah mengumumkan pelancaran telefon pintar Android One Generasi Ketiganya, Mi A3.

Bagaimanapun, telefon pintar bukanlah keluaran terbaru sepenuhnya memandangkan ianya pada asalnya adalah Mi CC9e yang dijenamakan semula. Mi CC9e merupakan model telefon pintar keluaran Xiaomi yang telah dilancarkan di pasaran China beberapa minggu lepas.

Oleh kerana kedua-dua model telefon pintar ini merupakan model yang sama, Mi A3 menawarkan skrin dan pemprosesan yang sama iaitu AMOLED HD+ 6.088-inci dan Snapdragon 665.

Selain itu, Mi A3 juga hadir dengan tetapan tri-kamera iaitu satu kamera utama 48MP f/1.79 dengan kamera bersudut ultra luas 8MP dan kamera berkedalaman 2MP. Untuk hadapannya pula, disediakan sebuah kamera swafoto 32MP yang ditempatkan pada takuknya. Telefon pintar ini juga hadir dengan bateri berkapsiti 4,030mAh.

Pasaran pertama yang menerima masuk Mi A3 adalah di Sepanyol dan ia ditawarkan pada harga EUR 249 (lebih kurang RM 1,151) 4GB/64GB. Manakala variasi pilihan 4GB/128GB pula, harga yang ditawarkan adalah EUR 279 (lebih kurang RM 1,290).

Setakat ini masih belum ada khabar berita mengenai kemasukan telefon pintar ini ke pasaran Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari Xiaomi Global

Tinggalkan komentar