Xiaomi Mi A2 diramalkan oleh kebanyakan pihak akan dilancarkan pada 24 Julai nanti bersempena acara pelancaran peranti global Xiaomi yang dijadualkan bakal dilangsungkan di Madrid, Sepanyol.

Rentetan itu, satu foto acah telah pun dikongsikan oleh pihak Xiaomi melalui akaun rasmi Twitter pengeluar telefon pintar dari China berkenaan.

Berdasarkan info dari foto acah yang dikongsikan tersebut, telefon pintar keluaran Xiaomi ini merupakan sebuah peranti Android One. Juga, melalui foto yang memaparkan sebuah peranti seakan-akan Xiaomi Mi A1, dapat dibayangkan bahawa peranti berkenaan merupakan kesinambungan dari Mi A1.

Tinggalkan komentar