Xiaomi mengumumkan telefon pintar keluaran terbarunya, Mi A2 Lite bakal hadir untuk pasaran Malaysia pada 18 Ogos ini dengan harga jualan yang ditetapkan, RM699. Telefon pintar yang dijual pada harga mampu milik ini bagaimanapun hanya boleh didapati dalam varian RAM 3GB / storan 32GB sahaja.

Sungguhpun menawarkan slot pengembangan storan melalui kad mikroSD, ketiadaan varian lain yang menawarkan storan yang lebih besar pastinya mengecewakan sebahagian pengguna inginkan storan dalaman yang besar.

Bagi spesifikasinya, Mi A2 Lite dikuasakan oleh chipset Qualcomm Snapdragon 625 – jenis yang sama digunakan pada – sebuah bateri berkapasiti 4,000mAh, dan tidak seperti ‘abangnya’ Mi A2 yang lebih tinggi spesifikasinya, Lite menawarkan paparan 5.84-inci 19:9 Full HD+ dengan sedikit takuk pada bahagian atasnya.

Untuk kamera, telefon pintar Xiaomi terbaru ini menawarkan sistem dwi-kamera 12MP + 5MP untuk kamera utamanya dan 5MP untuk kamera swafoto. Menggunakan kerangka logam, rupa fizikal telefon pintar ini kelihatan agak tebal memandangkan ianya disebabkan oleh kapasiti baterinya yang besar pada 4,000mAh.

Pada harga RM699, Mi A2 Lite pastinya sebuah peranti yang amat berbaloi dan dijangka akan mula menemui pengguna di Malaysia bermula 18 Ogos ini.

Spesifikasi Xiaomi Mi A2 Lite

  • Paparan: 5.84 inci IPS LCD FHD dengan nisbah aspek 19:9, 16juta warna
  • OS: Android Oreo 8.1; Android One
  • Chipset: Qualcomm Snapdragon 625
  • CPU: Octa-core 2.0 GHz Cortex- A53
  • GPU: Adreno 506
  • RAM: 3/4 GB
  • ROM: 32/64 GB
  • Kamera swafoto: 5 MP f/2.0
  • Kamera utama: Dwi-kamera 12 MP f/2.2 + 5 MP f/2.2 penderia kedalaman dengan pencahayaan flash LED
  • Video:1080p@30/60fps, Gyro-EIS
  • Penderia: Fingerprint (rear), Accelerometer, Proximity, Gyro, proximity, and compass
  • SIM: Dwi SIM, Nano SIM Dual standby
  • Batteri: Li-Po 4,000 mAh (tidak boleh ditanggalkan)

Tinggalkan komentar