Xiaomi Mi A1 merupakan peranti Android One dengan pelbagai kefungsian yang amat berbaloi dengan nilai pembelian yang ditawarkan olehnya. Terdahulu, telefon pintar ini menawarkan hanya model dengan storan 64GB, kini bagi menambahkan lagi pilihan berdasarkan bajet pengguna, model 32GB turut ditawarkan bagi pasaran Malaysia.

Berbanding dengan Mi A1 model 64GB yang dijual pada harga RM1,099 sewaktu pelancarannya dahulu, Mi A1 model 32GB ini boleh didapati pada harga hanya RM799 di Lazada. Bezanya, model ini adalah pada kapasiti storan dalamannya sahaja. Manakala lain-lain spesifikasi masih lagi sama.

Pun begitu, bagi anda yang inginkan kapasiti storan yang lebih besar, sesetengah penjual di Lazada turut menawarkan diskaun jualan bagi model 64GB. Sebagai contoh, WD Arena menawarkan Mi A1 model 64GB pada harga RM849 sahaja. Agak besar juga bezanya jika dibandingkan dengan harga sewaktu ianya mula dilancarkan dahulu.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Xiaomi Mi A1 pada harga yang bersesuaian dengan bajet serta tidak begitu menitik beratkan soal kapasiti storan, Mi A1 32GB ini mungkin pilihan yang sesuai buat anda.

1 komen

Tinggalkan komentar