Xiaomi Mi 9, telefon pintar terbaru keluaran Xiaomi dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 855 akan mula memasuki pasaran Malaysia 6 April ini. Telefon pintar yang turut dilengkapi dengan RAM 6GB ini hadir dengan dua pilihan storan iaitu 64GB dan 128GB.

Untuk pilihan storan 64GB, harga yang ditawarkan adalah RM1,699. Manakala pilihan storan 128GB pula harganya adalah RM1,999.

Sebelum ini, salah satu penjual tempatan DirectD, menyatakan harga jualan untuk telefon pintar ini adalah RM1,999. Namun, harga berkenaan hanyalah untuk variasi RAM 6GB dan storan dalaman 128GB sahaja.

Xiaomi Mi 9 menawarkan kuasa pemprosesan cipset Snapdragon 855, paparan skrin 6.39-inci, kamera utama dengan tetapan tri-kamera iaitu 48MP + 16MP + 12MP dan kamera swafoto 20MP. Tidak ketinggalan, telefon pintar ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,300mAh.

Bermula 6 April ini, Lazada turut menawarkan pembelian eksklusif Xiaomi Mi 9 versi 64GB bersempena Mi Fan Festival. Untuk versi 128GB, pra-tempahannya akan mula dibuka 6 April ini di mana-mana wakil penjual tempatan dan akan menemui pengguna bermula 13 April.

Tinggalkan komentar