Xiaomi hari ini telah mengumumkan pelancaran untuk siri telefon pintar mercu terbarunya, Mi 10 ke pasaran Malaysia.
Akan mula dijual pada 1 Mei ini, Mi 10 dan Mi 10 Pro dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 865 akan menjadi telefon 5G Xiaomi pertama di Malaysia.
Mi 10 dengan RAM LPDDR5 8GB boleh didapti dengan pilihan storan 128GB pada harga RM2,799. Manakala untuk pilihan storan 256GB pula, harga yang ditawarkan adalah RM2,999. Untuk Mi 10 Pro yang lebih tinggi spesifikasinya pula hadir secara default dengan storan 256GB.
Pra-tempahan untuk kedua-dua peranti ini telah dibuka bermula dari hari ini sehingga 30 April. Pelanggan yang membuat pra-tempahan Mi 10 turut bakal menerima Mi Smart Band 4. Untuk pra-tempahan Mi 10 Pro pula akan menerima fon telinga Mi True Wireless secara percuma.
Bagi anda yang berminat untuk membuat pra-tempahan telefon pintar premium dari Xiaomi ini, anda boleh mendapatkannya menerusi laman gedung jualan rasmi Xiaomi di Lazada.













