Menjelang pelancaran produk terbaru yang dijadualkan pada minggu hadapan, Xiaomi Malaysia turut melancarkan aksesorinya yang popular, Power Bank Mi 10,000 mAh di kedai atas talian mereka bermula esok.
Power Bank Mi 10,000 mAh merupakan versi kemaskini Power Bank Mi 10,400 mAh yang amat popular sebelum ini. Dari sudut fizikal, power bank saiznya lebih kecil dan juga lebih ringan, 207 gram berbanding versi 10,400 mAh yang mempunyai berat sekitar 250 gram. Cuma, sudah pasti kapasiti bekalan kuasanya sedikit kecil, kurang 400 mAh berbanding sebelumnya.
Xiaomi mendakwa, power bank jenis yang terbaru ini lebih tinggi kadar ketumpatan tenanganya. Ia juga turut dilengkapi dengan ciri-ciri premium seperti kerangka aluminium CNC dengan perlindungan litar sebanyak sembilan lapis.
Apa yang penting, Power Bank Mi yang terbaru telah direka bentuk supaya lebih tahan lama dengan kecekapan pengurusan tenaganya. Ia menawarkan pengubahan output 93 peratus pada 2.1 A dan mampu dicas semula berkali-kali jauh lebih banyak dari model sebelumnya.
Harga yang ditetapkan di pasaran Malaysia adalah pada RM 59 dan akan mula dijual esok tepat jam 12 tengahari.
-Sumber info diperoleh dari mi.com/my














Wah… macam best jer power bank ni…
Kualiti ok ke?
Xiaomi kualiti OK. Cuma kena hati-hati dengan power bank tiruan dia aje la. Yang tu, pakai kejap je dah jahanam.