Xiaomi Malaysia baru-baru ini telah menerbitkan iklan acah menerusi laman rasmi Facebook dan Twitternya yang menunjukkan kehadiran siri Mi 10 ke Malaysia.
Berdasarkan iklan yang diterbitkan, kelihatan sebuah objek yang melambangkan modul kamera yang digunakan pada Mi 10 Pro 5G.
Berdasarkan sari kata yang disertakan bersama di dalam iklan tersebut, acara pelancarannya dijangkakan bakal berlangsung pada 22 April.
Oleh kerana iklan acah berkenaan lebih menonjolkan Mi 10 Pro, tidak dapat dipastikan sama ada Xiaomi bakal memperkenalkan bersama Mi 10 dan Mi 10 Lite.













