Xiaomi akan membuat besar terhadap penjenamaannya dengan menggugurkan jenama “Mi” pada produk-produk keluarannya.

Menurut XDA Developer, perubahan ini akan dimulakan melalui pengumuman Xiaomi Mix 4. Ia juga dilaporkan akan diteruskan pada produk-produk lain yang akan datang.

Perubahan ini juga akan melibatkan pada peranti lain seperti Xiaomi 11T yang sebelum ini dikatakan dikenali dengan nama Mi 11T.

Penggunaan jenama “Mi” pada produk-produk Xiaomi sudah menjadi satu kelaziman sebelum ini. Langkah penjenamaan baharu ini hadir tidak lama seperti Xiaomi diiktiraf sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia.

Penamatan ini hadir selepas 10 tahun sejak penggunaan pertama kalinya diperkenalkan melalui Xiaomi Mi 1.

Berdasarkan laporan dari XDA, Xiaomi buat masa ini sudah pun memulakan jualan telefon pintarnya di China tanpa menggunakan jenama Mi. Langkah ini juga dilihat menyeragamkan barisan-barisan produk keluarannya.

Pengguguran jenama ini berkemungkinan mampu meningkatkan pendedahan jenama Xiaomi kepada lebih ramai pengguna arus perdana dalam pasaran yang lebih luas.

Tinggalkan komentar