Xiaomi Mi CC9 dan Mi CC9e dijangka akan dilancarkan pada 2 Julai ini. Menjelang majlis pelancaran rasmi telefon pintar tersebut, pengeluar telefon pintar dari China ini dan pegawai-pegawai eksekutifnya telah berkongsikan beberapa foto berkaitannya.

Xiaomi Mi CC9 baru-baru ini telah disahkan menawarkan kamera utama 48 MP di bahagian belakang, manakala kamera swafoto 32MP di bahagian hadapan. Berdasarkan foto-foto yang telah dikongsikan, telefon pintar ini menawarkan tetapan tri-kamera pada kamera utamanya.

Xiaomi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Lei Jun telah berkongsikan foto-foto Mi CC9 melalui laman sosial Weibo. Telefon pintar berkenaan turut dilihat menawarkan kemasan berkilau pada permukaan belakangnya.

Dalam satu post yang berasingan di dalam Weibo, Pengurus Produk Xiaomi CC, Encik Lao Wei turut memperlihatkan kotak bungkusan Xiaomi Mi CC9.

Mi CC9 dan Mi CC9e merupakan telefon pintar pertama keluaran siri Mi CC ini yang mensasarkan kepada golongan belia. Telefon pintar ini juga dijangka bakal hadir dengan paparan penuh keseluruhan skrin tanpa sebarang takuk.

Sumber info diperoleh dari Weibo

Tinggalkan komentar