Gergasi teknologi dari China, Xiaomi mempunyai sebilangan sub-jenamanya yang popular seperti Redmi dan POCO yang memberikan fokus terhadap kumpulan-kumpulan pengguna tertentu.
Pendekatan yang diterima baik oleh penggunanya ini kini dijangka akan diteruskan lagi dengan memperkenalkan satu lagi sub-jenama baharu yang akan memfokuskan pada peminat teknologi.
Menurut laporan dari The Mobile Indian, sub-jenama baharu mungkin mengikuti jejak langkah jenama telefon pintar OnePlus yang popular di kalangan peminat teknologi.. Peranti sub-jenama tersebut dikatakan akan menggunakan sistem operasi hampir sama dengan stok Android dan bukannya Xiaomi MIUI.
Selain itu, telefon pintar pertama yang akan dilancarkan di bawah jenama tersebut akan menggunakan pemprosesan siri Qualcomm Snapdragon 700 dengan model asasnya mungkin menggunakan Snapdragon 765, dan yang lebih premium menggunakan Snapdragon 778.
Sub-jenama berkenaan juga dikatakan akan memberikan tiga kemaskini utama Android untuk telefon pintarnya. Manakala kemaskini keselamatannya pula akan menerima kemaskini untuk selama empat tahun dari Xiaomi.
Pengeluarannya dijangka akan dibuat di India dengan harga jualannya sekitar Rs15,000 hingga Rs25,000 (~RM843 hingga ~RM1405). Pun begitu, berita ini masih lagi sekadar desas-desus selagi tiada maklumat rasmi daripada Xiaomi.
Senarai produk-produk di bawah Xiaomi
Xiaomi menghasilkan pelbagai peranti merangkumi telefon pintar, laptop, tablet, peranti boleh pakai, dan pelbagai peranti pintar di rumah. Berikut adalah sebahagian daripada produk-produk Xiaomi dengan sub-jenamanya:
- Telefon pintar
- MIUI
- Xiaomi Series
- Mi Note Series
- Mi Max Series
- MIX Series
- T Series
- Redmi series
- POCO series
- Lain-lain peranti berasaskan MIUI
- Pad Tablets
- Mi WiFi
- Xiaomi TV
- Mi Box and Xiaomi TV Stick
- Xiaomi Cloud
- Mi Talk
- Laptop
- Mi Notebook Air
- Mi Notebook Air 4G
- Mi Gaming Laptop
- Mi Notebook Pro
- Xiaomi Book S













