Menjelang Disember ini, Xiaomi dijangka akan melancarkan sebuah lagi telefon pintar mercunya. Seperti biasa, desas-desus mengenai telefon pintar mercunya yang dijangka akan dilancarkan kelak iaitu Xiaomi 13 Pro mula kedengaran.

Antara paling menarik yang diperkatakan buat masa ini adalah berkenaan kameranya. Dijangkakan telefon pintar berkenaan akan hadir dengan tetapan tri kamera 50MP pada bahagian belakangnya. Kamera utamanya dikatakan merupakan sensor 50MP 1-inci Sony IMX989.

Kamera berkenaan turut digunakan pada Xiaomi 12S Ultra. xiaomi-12s-ultra-02-kamera Sony IMX989Sony dan Xiaomi telah membangunkan sensor berkenaan secara bersama dengan menelan belanja untuk penyelidikan dan pembangunan sebanyak $15 juta (~RM79 juta).

Lain-lain spesifikasi bagi telefon pintar berkenaan bagaimanapun dikatakan masih lagi sama seperti Xiaomi 12 Pro. Antaranya penggunaan ISP Surge CE, cip tersuai Surge P2 untuk pengecasan dan juga sains warna dari Leica. Pastinya, telefon pintar berkenaan akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 2.

Tinggalkan komentar