Xiaomi telah mengumumkan telefon pintar mercu baharu keluarannya – Xiaomi 13 dan 13 Pro. Kedua-dua telefon pintar ini menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dam turut menawarkan penambahbaikan pada kameranya melalui kerjasama dengan jenama kamera terkemuka Leica.

Pemprosesan yang digunakan oleh kedua-dua model ini dibuat menggunakan teknologi proses pembuatan 4nm dari TSMC. Buat masa ini Xiaomi 13 ditawarkan untuk pasaran China sahaja terlebih dahulu dan dijangka

Xiaomi 13 Pro

Xiaomi 13 ProDari segi spesifikasinya, Xiaomi 13 Pro menawarkan skrin 6.73-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan resolusi 1440 x 3200 piksel. Tahap kecerahan maksimum yang ditawarkan oleh skrin telefon pintar ini mampu mencapai 1,200 nits. Namun masih boleh dipertingkatkan lagi sehingga 1,900 nits ketika main semula video HDR.

Tri-kamera yang disediakan bagi model ini mengandungi kamera utama 50MP dengan lensa Leica yang mempunyai sensor 1-inci Sony IMX989 1.6µm. Kamera telefotonya juga mempunyai 50MP dengan keupayaan zum 3x melalui penggunaan teknologi Leica Floating Lens.

Berbanding dua kamera lagi di dalam model ini, kamera ultra-lebarnya hanya menyediakan penawaran yang sederhana sahaja melalui 50MP, f/2.2, 14mm dengan sokongan Auto Focus.Xiaomi 13 Pro Color

Terdapat empat pilihan warna dengan tiga daripadanya menampilkan permukaan seramik iaitu White, Black dan Green. Manakala Light Blue pula unik dengan kemasan kulit pada permukaan belakangnya.

Xiaomi 13

Xiaomi 13Xiaomi 13 pula mempunyai skrin 6.36-inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel dan penyegaran semula 120Hz. Paparannya ini juga menyediakan sokongan Dolby Vision, HDR10+ dan HLG yang turut dibantu oleh sensor suhu warna ambien.

Turut menawarkan tri-kamera, telefon pontar ini menyediakan satu kamera utama 50MP f/1.8, 23mm, 1/1.56″, 1.0µm dengan Hyper OIS. Kamera telefoto juga disediakan melalui lensa Leica berapertur f/2.0 dan zum natif 3x. Tidak ketinggalan satu kamera ultra-lebar 12MP dan apertur f/2.2. Dijangkakan kamera ultra-lebar ini mungkin tidak didatangkan dengan sokongan autofokus.Xiaomi 13 Color

Berbeza dengan model Pro, versi ini hadir dengan permukaan kaca biasa dengan pilihan warna Black, Light Green, Light Blue, Gray dan White. Turut ditawarkan pilihan warna yang lebih menonjol Red, Yellow, Green dan Blue. Pilihan warna unik dengan kemasan kulit Light Blue seperti model Pro juga disediakan bagi model ini.

Kedua-dua model ini mempunyai kapasiti bateri yang sama – 4,500mAh dengan keupayaan pengecasan pantas berwayar 67W, nirwayar 50W dan nirwayar berbalik 10W.

Harga Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro

Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro kini mula dibuka pra-tempahannya di China dan akan mula memasuki pasaran di sana pada 14 Disember ini.

Xiaomi 13 dengan spesifikasi paling rendah 8/128GB dijual pada harga CNY3,999 (~RM2,538), manakala yang paling tinggi 12/512GB pula dijual pada harga CNY 4,999 (~RM3,178). Untuk yang ditengah-tengah pula, 8/256GB dam 12/256GB harga jualannya masing-masing CNY4,299 (~RM2,721) dan CNY4,599 (~RM2,911).

Xiaomi 13 Pro versi yang paing murah 8/128GB dijual pada harga CNY4,999 (~RM3,164) dengan yang paling besar pula 12/512GB berharga CNY6,299 (~RM3,987). Kemasukan telefon pintar ini ke pasaran global dijangka akan diumumkan kelak.

Tinggalkan komentar