Utama Telco Digi Xiaomi 12T Pro kini boleh dimiliki menerusi Pelan Pascabayar Digi dan Maxis...

Xiaomi 12T Pro kini boleh dimiliki menerusi Pelan Pascabayar Digi dan Maxis pada harga serendah RM38 sebulan

1301
0
Xiaomi 12T Pro Maxis Digi Postpaid

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan kerjasamanya yang terkini dengan syarikat telekomunikasi tempatan Digi dan Maxis. Anda yang berminat boleh mendapatkan Xiaomi 12T Pro (RAM 12GB, storan 256GB) pada harga serendah RM38 sebulan di Digi Stores dan dari RM40 sebulan di Maxis Stores.

Boleh didapati menerusi pelan 36 bulan Digi PhoneFreedom 365, pemilikan Xiaomi 12T Pro ini turut didatangkan bersama-sama hadiah percuma berbentuk Xiaomi Smart Band 7 Pro dan Redmi Buds 3 Pro (kedua-duanya bernilai RM538) selagi stok masih ada.

Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan Xiaomi 12T Pro menerusi pelan pascabayar Maxis selama 36 bulan tanpa cengkeram, kadar faedah 0% dan tanpa memerlukan kad kredit.

Pelan 36 bulan 24 bulan
Digi Postpaid 150 RM38 (Digi PhoneFreedom 365) RM68 (Digi PhoneFreedom 365)
Digi Postpaid 120 RM48 (Digi PhoneFreedom 365) RM78 (Digi PhoneFreedom 365)
Digi Postpaid 90 RM61 (Digi PhoneFreedom 365) RM92 (Digi PhoneFreedom 365)
Maxis Postpaid 188 RM40 (Maxis Zerolution) RM62 (Maxis Zerolution)
Maxis Postpaid 158 RM55 (Maxis Zerolution) RM89 (Maxis Zerolution)
Maxis Postpaid 128 RM65 (Maxis Zerolution)
Maxis Postpaid 98 RM80 (Maxis Zerolution) RM119 (Maxis Zerolution)
Maxis Postpaid Share 48 RM83 (Maxis Zerolution) RM124 (Maxis Zerolution)

Maklumat lanjut mengenai pelan Xiaomi 12T Pro ini, layari laman web rasmi Maxis Online Store dan Digi Online Store.

Tinggalkan komentar