Microsoft baru sahaja mengumumkan sistem operasi Windows versi berikutnya yang dikenali sebagai Windows 11. Ianya akan ditawarkan sebagai naik taraf percuma khusus untuk pengguna Windows 10 sahaja.

Bagaimanapun, untuk membolehkan sistem operasi boleh dijalankan pada PC desktop atau laptop anda, beberapa spesifikasi khusus perlu dipenuhi.

Bagi memudahkan pengguna membuat semakan sama ada PC yang digunakan memenuhi keperluan spesifikasi yang telah ditetapkan, Microsoft telah menerbitkan satu alatan yang dinamakan sebagai PC Health Check. Alatan ini akan membuat semakan penialaian terhadap komputer anda dan ianya boleh dimuat turun di sini.

Pun begitu, sistem operasi Windows 11 ini masih lagi belum diterbitkan secara khusus untuk kegunaan umum. Kelompok pertama yang akan menerima sistem operasi ini adalah terdiri dari kumpulan pengguna Windows Insider.

Versi yang diterima oleh kelompok ini bagaimanapun bukanlah versi penuh sistem yang telah disiapkan sepenuhnya untuk kegunaan orang ramai. Ianya dikenali sebagai early build oleh Microsoft dan beberapa ciri Windows 11 masih lagi belum disediakan di dalamnya.

Buat masa ini, Microsoft masih lagi belum menetapkan tarikh Windows 11 sedia untuk diterbitkan dan hanya menyatakan ianya dijangka akan dilancarkan sekitar hujung tahun ini.

Tinggalkan komentar