Perisian untuk pemayaan (virtualizing) Windows pada macOS popular, Parallels Desktop telah mengesahkan sokongan Windows 11 pada komputer Mac sedang dibangunkan.

Lebih kurang dua minggu lalu, Microsoft telah mengumumkan Windows 11, versi besar berikutnya bagi sistem operasi Windows. Pastinya, Windows 11 tidak boleh digunakan pada komputer Mac secara normal. Tetapi, bagi sesetengah pengguna Mac, ia boleh dilakukan menerusi desktop yang dimayakan (virtualized).

Berdasarkan laporan dari iMore, Parallels telah mengesahkan pihaknya bersedia menyelidiki Windows 11. Mereka juga sedang menunggu integrasi lain seperti Teams, aplikasi Android dan sebahagian build Windows 11 Preview diterbitkan sebelum mengusahakan ketersesuaian dengan Mac.

“Since Windows 11 has just been announced recently, the Parallels Engineering team is waiting for the official Windows 11 Insider Preview build to start studying changes introduced in the new OS to deliver full compatibility in future Parallels Desktop updates,” Nick Dobrovolskiy, SVP of Engineering and Support told iMore. Microsoft’s first Insider preview build came out on Monday, but the rollout was a bumpy one and it doesn’t include all of the new features that are coming to Windows 11 later this year such as Microsoft Teams integration or support for Android apps.”

Tiada garis masa diumumkan berkenaan pembangunan ini, namun Parallels mengatakan pihaknya memberikan usaha terbaik untuk merealisasikannya.

Pada komputer Mac yang berasaskan pemprosesan Intel, pengguna boleh menjalankan Windows secara natif menggunakan Boot Camp, dan juga melalui pemayaan (virtualizing). Bagaimanapun, menjalankan Windows secara natif menggunakan Boot Camp tidak boleh lagi dibuat pada Mac yang menggunakan pemprosesan Apple M1. Justeru, membuatkan pemayaan menjadi satu-satunya pilihan yang ada buat masa ini.

Tinggalkan komentar