Microsoft telah menerbitkan kemaskini kumulatif Windows 10 baharu bagi membaiki ralat. Antara ralat berkenaan telah menyebabkan sesetengah PC tergendala apabila permainan dimainkan di dalam skrin penuh atau mod tablet.

Kemaskini ini bagaimanapun perlu dipasang secara manual kerana ianya adalah kemaskini pilihan atau dinamakan Microsoft sebagai “cumulative update preview” (KB4598291).

Selain kemaskini ini, beberapa pembaikan turut diluncur masuk kepada pengguna Windows 10 sebagai sebahagian dari Patch Tuesday bulan ini.

Hanya satu pembaikan disediakan bagi masalah seperti yang dinyatakan tadi. Lain-lain pembaikan khusus untuk sesetengah pengguna yang mengalami masalah tidak dapat buka dokumen pada desktop, susunan alt-tab yang berterabur hingga tersilap buka tetingkap dan sebagainya.

‘Highlights’

Berikut adalah sorotan senarai penuh pembaikan yang disediakan di dalam kemaskini berkenaan:

  • Updates an issue that causes a device to stop responding when you play a game in full-screen or tablet mode.
  • Updates an issue with using Ctrl+Caps Lock and Alt+Caps Lock to switch to Hiragana or Katakana mode respectively after upgrading to Windows 10, version 2004.
  • Updates an issue that prevents you from opening a document that is on the Windows desktop.
  • Updates an issue that creates duplicate cloud provider folders in the File Explorer navigation pane.
  • Updates an issue with some special key combinations used in DaYi, Yi, and Array IMEs that might cause an application to stop working.
  • Updates an issue that displays a blank lock screen after a device wakes up from Hibernate.
  • Corrects historical daylight savings time (DST) information for the Palestinian Authority.
  • Updates an issue that incorrectly deactivates some Windows 10 Education devices after upgrading to Windows 10, version 2004.
  • Updates an issue that might cause the Alt+Tab order to change unexpectedly and cause you to switch to the wrong window.
  • Updates an issue that fails to show Extract all on the shortcut menu when you right-click an online-only ZIP file.list

Pratonton kemaskini kumulatif ini boleh didapati untuk dua versi Windows 10 yang paling terkini, 20H2 (Oktober 2020) dan 2004 (Mei 2020).

Microsoft turut menyediakan KB4598291 sebagai muat turun berasingan bagi memudahkan pentadbir IT.

Tinggalkan komentar