Bagi pengguna Windows 10 yang masih lagi belum mengemaskinikan sistem operasi masing-masing ke Creators Update, tidak lama lagi anda bakal menerima pop-up peringatan untuk mendapatkan kemaskini yang lebih terkini.

Sebelum ini Microsoft kelihatan seperti terlalu memaksa pengguna supaya menaik taraf ke Windows 10 dan kini, setelah memasang sistem operasi berkenaan, gergasi perisian ini sekali lagi memaksa penggunanya untuk melakukan kemaskini yang lebih terkini. Tidak cukup mahukan seluruh penduduk planet Bumi menggunakan Windows 10, syarikat ini juga mahukan semua orang menggunakan sistem operasi versi yang lebih diperbaharui.

Given the Windows 10 Creators Update provides the latest security protections to help keep you safe, we want to help update your device as soon as possible,” menurut pihak Microsoft menerusi pos laman blog.

Lanjutan dari gesaan ini, Microsoft mengingatkan pengguna bahawa versi asal Windows 10 (build 1507) kini sudah menghampiri penghujung penerimaan sokongan. Sistem operasi berkenaan masih lagi boleh dijalankan seperti biasa, cuma ia tidak lagi boleh menerima kemaskini yang lebih terbaru.

You can choose to postpone this process up to five times with the next prompt asking for confirmation of your privacy settings. It will only take a few moments for what we believe provides you with the best balance between privacy, security, and control,” tambah Microsoft lagi.

Pengguna yang menggunakan Windows 10 kemaskini November (build 1511) yang diterbitkan pada 2015 atau Anniversary Update (build 1607) yang diterbitkan pada 2016 yang setakat ini masih lagi menerima sokongan akan menerima notis peringatan supaya melihat semula tetapan privasi masing-masing. Ini bertujuan sebagai persediaan buat pengguna untuk mengemaskini ke Creators Update.

Langkah agresif Microsoft kali ini dibayangi oleh ancaman ransomware yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Melalui kemaskini sistem operasi yang lebih terkini dijangkakan mampu mematahkan ancaman malware yang senantiasa mencari-cari ruang dan peluang untuk menangguk di Ayer Keroh.

Sumber berita diperoleh dari ZDNet

Tinggalkan komentar