Kuala Lumpur, 21 Jun 2023 – Wilstech Sdn Bhd (“Wilstech” atau “Syarikat”), syarikat penyedia penyelesaian Teknologi Maklumat (“IT”) sehenti di Malaysia, hari in melancarkan eMOBIQ®, platform pembangunan aplikasi mudah alih pantas (RMAD) tanpa kod. Pelancaran platform ini sempena dengan ulang tahun ke-5 Syarikat bertujuan menggiatkan penglibatan bakat dan perniagaan tempatan dalam pembangunan aplikasi menerusi platform tanpa kod, terutamanya usahawan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Menerusi usaha ini, syarikat-syarikat ini akan dapat mempercepatkan proses pendigitalan untuk menggalakkan pertumbuhan perniagaan dengan cara yang lebih pantas, pintar, termampu dan terlindung.

Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat (“YB”) Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (“KUSKOP”) dan disaksikan oleh penganjur bersama, Givemetext (“GMT”) rakan kerjasama IT mereka, OrangeKloud hadir di majlis pelancaran tersebut.

Pelancaran eMOBIQ® dan eMOBIQ® Challenge adalah sejajar dengan matlamat Kerajaan untuk menjadi sebuah negara yang terangkum dari segi digital. Untuk memastikan kejayaan negara, dasar-dasar kerajaan termasuk Rancangan Malaysia Ke-12, MyDIGITAL dan Industry4WRD, dan juga kerjasama silang industri, perlu dilaksanakan secara bersama untuk menggalakkan pertumbuhan, pembangunan, dan membina negara Malaysia yang makmur, terangkum dan lestari. Sesungguhnya kerjasama awam swasta termasuk inisiatif perindustrian dan pendidikan seperti eMOBIQ® Challenge serta kerjasama silang industri dengan usahawan dan PMKS akan menjadi sebahagian penting daripada usaha menjadikan Malaysia lebih cekap dan berdaya tahan dari segi digital. Pembangunan bakat akan terus menjadi tunggak negara dan ekonomi, dan membuka laluan yang merapatkan jurang pendidikan bagi tenaga kerja teknologi tinggi akan membawa manfaat kepada perniagaan dan rakyat
tempatan.”

Wilson Low, Ketua Pegawai Eksekutif Wilstech berkata, “Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam usaha mendigitalkan ekonomi, pendidikan, perniagaan dan infrastruktur kita. Sesungguhnya wujud keperluan segera untuk perniagaan dan komuniti mempercepatkan proses pendigitalan bagi meningkatkan daya saing dan memanfaatkan peluang dalam persekitaran perniagaan yang semakin tidak menentu lagi mencabar. Berlatarkan persekitaran ini, pelancaran eMOBIQ® memang tepat pada masanya dalam usaha kami meneroka peluang bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan dalam kerajaan, perniagaan dan komuniti untuk mendorong kemajuan ekosistem perniagaan Malaysia, terutamanya usahawan dan PMKS supaya mereka dapat bertindak sekarang dan melaksanakan transformasi digital. Menerusi platform ini, kami berharap untuk menyokong matlamat negara menyediakan tahap keterangkuman dan capaian digital yang lebih tinggi dengan melengkapkan rakyat dan perniagaan Malaysia dengan ilmu, peralatan dan platform digital untuk memacu pertumbuhan masa depan.”

Ernie Tan, Ketua Pegawai Operasi Wilstech menambah, “Teknologi bersifat dinamik dan berkembang pesat. Capaian kepada teknologi dan platform terpilih dan terkini akan membolehkan tenaga kerja semasa dan masa depan untuk bersiap sedia serta menyesuaikan dan memenuhi keperluan pendigitalan perniagaan. Pelancaran eMOBIQ® dan eMOBIQ® Challenge 2023 hari ini memperlihatkan komitmen kami untuk menyediakan peralatan, platform dan teknologi yang baharu dan termampu untuk individu mengembangkan potensi, meningkatkan kemahiran dan mengukuhkan kecekapan mereka.”

Dunia sedang berubah dengan pantas disebabkan kejutan dan ketidakpastian akibat ketegangan dagangan, pertumbuhan ekonomi, isu kesihatan, peraturan dan pergolakan geopolitik. Pada masa yang sama, Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) yang diperkasakan oleh teknologi telah membawa perubahan ketara yang memberi kesan kepada segalanya termasuk kecekapan, kepantasan, kepelbagaian produk dan peluang pekerjaan – dengan mengubah dan merombak cara perniagaan dan komuniti beroperasi secara umumnya. Berlatarkan konteks tersebut, usaha mengembangkan ekonomi digital menjadi kunci untuk membolehkan masyarakat melibatkan diri dan merebut peluang dalam persekitaran yang canggih dan kian berubah ini.

IT akan memberikan tahap hubungan yang lancar, yang menghasilkan penyelidikan dan penemuan saintifik baharu, membuka peluang pekerjaan, menjana pertumbuhan ekonomi dan menambah baik kehidupan. Teknologi dan pendigitalan secara bersama akan membantu menyelesaikan masalah yang rumit dan sofistikated, manakala data raya akan menyokong kita dalam proses pembuatan keputusan yang kompleks.

Ekonomi digital ialah salah satu daripada sektor paling pantas berkembang di Malaysia, yang menyumbang 22.6% kepada KDNK Malaysia dan dijangka meningkat kepada 25.5% menjelang 2025.

Teknologi digital yang utama termasuk robotik, kecerdasan buatan, data raya, Internet Kebendaan (IoT), teknologi awan, blok rantai (blockchain), teknologi kewangan dan keselamatan siber. Menerusi penyelesaian serba lengkap berteknologi tinggi seperti eMOBIQ®, Wilstech akan memanfaatkan pengalaman, kepakaran, rangkaian dan teknologinya untuk membimbing dan membantu perusahaan dan individu mempercepatkan pendigitalan agar kekal kompetitif dan merebut peluang yang timbul daripada ekonomi digital.

Sempena dengan pelancaran eMOBIQ® dan sambutan ulang tahun ke-5 Syarikat, Wilstech juga melancarkan eMOBIQ® Challenge 2023, pertandingan pembangunan aplikasi tanpa kod pertama dan
terbesar di negara ini. Pertandingan ini, yang pertama sepertinya di Malaysia, terbuka kepada semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara, dengan matlamat menggalakkan proses pendigitalan
secara lebih pantas dan meluas dengan meningkatkan kemahiran bakat digital secara keseluruhan.

eMOBIQ® Challenge menyaksikan pendaftaran dan penyertaan 127 pasukan dari 24 universiti tempatan, di mana mereka telah menyahut cabaran untuk membangunkan aplikasi mudah alih paling praktikal, inovatif dan berkesan menerusi platform eMOBIQ®. Menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM300,000, para peserta telah diberi masa dua (2) bulan untuk melengkapkan reka bentuk aplikasi yang akan dinilai oleh panel hakim terdiri daripada profesional industri dan usahawan.

Pertandingan tersebut akan diadili berasaskan kreativiti, ciri praktikal, impak ke atas perniagaan dan pembentangan; di samping menerusi kiraan undi popular di media sosial. eMOBIQ® Challenge telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dalam tiga (3) kategori: Penyertaan paling banyak pasukan dalam pertandingan pembangunan aplikasi tanpa kod di Malaysia; Jumlah institusi pengajian tinggi terbesar yang menyertai pertandingan membina aplikasi di Malaysia; dan hadiah wang tunai tertinggi dalam pertandingan membina aplikasi tanpa kod.

Tinggalkan komentar