Utama Mobile Aplikasi WhatsApp Web kini benarkan anda hasilkan Sticker buatan sendiri

WhatsApp Web kini benarkan anda hasilkan Sticker buatan sendiri

Fungsi baharu ini diperkenalkan pada versi web dan anda kini boleh hasilkan sendiri sticker mengikut citarasa anda.

35
0

WhatsApp baru-baru ini telah memperkenalkan fungsi baharu di dalam platform versi webnya. Fungsi ini membolehkan pengguna menghasilkan sticker buatan sendiri tanpa menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Unruk mengakses fungsi tersebut, anda hanya perlu pergi ke ruangan ‘chat’, klik pada ikon ’emotikon’ dan pilih pada tab Sticker.

Anda juga boleh mengaksesnya dari ikon klip kertas yang bersebelahan dengan bar teks dan pilih ‘Sticker’.

Seterusnya, apabila anda klik pada butang ‘Create’, sebuah tetingkap untuk memuat naik imej akan dibuka. Pilih mana-mana imej yang anda inginkan dan anda boleh menyuntingnya kemudian di dalam alatan suntingan yang disertakan bersama-sama fungsi baharu ini.

Terdapat pelbagai elemen hiasan disediakan seperti menambah emoji, teks dan sticker tambahan.

Sticker yang anda hasilkan itu tadi kemudiannya akan disimpan dalam nisbah aspek segiempat sama dengan berlatar belakang lutsinar. Selepas disimpan, anda boleh mendapatkan semua sticker yang anda hasilkan dari ikon sticker di dalam chat.

Alatan membuat sticker WhatsApp sendiri ini kini boleh diakses oleh semua pengguna melalui WhatsApp Web. Menurut The Verge, fungsi yang sama ini juga akan diperkenalkan pada WhatsApp versi desktop pada minggu depan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.