WhatsApp baru-baru ini telah menambah fungsi baharu untuk versi webnya yang membolehkan pengguna menukar sesebuah imej kepada pelekat (sticker). Kini, platform permesejan berkenaan sedang menguji sticker store ke versi web dan desktopnya.
Pengguna kelak boleh membuka Sticker Store dengan klik pada ikon ‘tambah’ (+) di dalam ruangan sticker. Bagaimanapun, anda tidak boleh memuat turun pek sticker.
Sebaliknya hanya dibenarkan untuk menghantarnya ke dalam sesi chat anda. Penerima sticker berkenaan pula boleh melihat sticker berkenaan dari pek mana ia diambil.
Fungsi ini hanya ditawarkan kepada pengguna beta versi web dan desktop sahaja. WhatsApp dijangka akan mengumumkannya kepada pengguna umum dalam tempoh beberapa hari lagi.
Tidak diketahui bilakah fungsi Sticker Store ini akan diperkenalkan kepada seluruh pengguna WhatsApp.













