WhatsApp sedang menambahbaik antara muka penggunanya dengan pelbagai ciri terkini. Antaranya, ciri menghantar mesej kepada diri pengguna sendiri yang kini sedang di dalam peringkat ujian beta untuk versi Android dan juga iOS.
Menurut laporan dari WABetaInfo, WhatsApp kini sedang menawarkan pengujian tersebut kepada beberapa pengguna WhatsApp versi beta. Beberapa tangkapan layar fungsi berkenaan juga turut dikongsikan.
Ciri berkenaan mula ditawarkan kepada pengguna beta melalui kemaskini baharu versi pengujian tersebut. Melaluinya, platform permesejan ini akan menyorotkan borak dengan nombor telefon sendiri dengan menambah “message yourself” sebagai kapsyen. Penyegarakan juga kini ditambahbaik melalui penggunaan ciri berbilang peranti yang diperkenalkan oleh WhatsApp.
WhatsApp beta untuk Android yang menawarkan ciri baharu ditandakan dengan versi 2.22.24.2. Manakala untuk iOS pula versinya adalah 2.22.24.2. Dijangkakan ciri menghantar mesej kepada diri sendiri akan diperkenalkan tidak lama lagi.













