Aplikasi permesejan popular di Malaysia, WhatsApp dilaporkan sedang mengalami masalah yang mengakibatkan penggunanya tidak dapat menghantar fail-fail media yang dilampirkan.

Masalah ini bagaimanapun tidak melibatkan penghantaran mesej berteks yang setakat ini masih lagi boleh dihantar seperti biasa.

Berdasarkan maklumat dari laman web DownDetector, para pengguna melaporkan masalah ini mula dikesan sejak dari jam 6.15 petang tadi.

Pengguna-pengguna dari Malaysia, Sri Lanka, Arab Saudi dan Amerika Syarikat memaklumkan tidak dapat menghantar imej dan fail rakaman suara.

Peta gangguan DownDetector menunjukkan pengguna-pengguna di Eropah, terutamanya di Belanda, Emiriah Arab Bersatu dan Singapura merupakan kumpulan pengguna yang paling terkesan dari masalah ini.

[Kemaskini] WhatsApp didapati telah mula kembali pulih seperti biasa selepas jam 9 malam tadi.

Tinggalkan komentar