Sekitar enam bulan yang lalu, WhatsApp telah mula menjalankan pengujian bagi tetapan privasi terbarunya. Melalui fungsi berkenaan, pengguna boleh menyorokkan status ‘Last Seen’ dari kenalan-kenalan tertentu. Kini fungsi berkenaan telah mula menemui pengguna ujian beta.

Fungsi yang hadir menerusi versi WhatsApp beta 22.9.0.70 ini boleh diaktifkan menerusi tetapan “Privacy” di dalam aplikasi berkenaan. Seterusnya, anda pergi ke bahagian “Last Seen” dan anda boleh memilih sama ada “Everyone,” “My Contacts,” “Nobody,” dan pilihan terbaru “My Contacts Except…”

Pengguna seterusnya boleh menghalang individu-individu tertentu dari melihat status pengguna berkenaan di dalam WhatsApp. Menurut WABetaInfo, pengguna boleh memilih kepada siapa status berkenaan boleh dilihat. Namun, untuk maklumat lain seperti ‘About’ dan foto profil pengguna.

Selain dari fungsi berkenaan, WhatsApp turut memperkenalkan fungsi reaksi, Communities, dan menghantar fail bersaiz besar sehingga 2GB menerusi kemaskini yang akan datang.

Tinggalkan komentar