WhatsApp, sebuah aplikasi yang tidak asing lagi pada ketika ini dan memiliki sejumlah 2 billion pengguna di seluruh dunia. Bagaimanapun, aplikasi ini mempunyai kekurangan untuk digunakan pada berbilang peranti secara serentak dan kini, ianya sedang diusahakan.
Tanda-tanda ciri sokongan ini bakal hadir telah diketemukan pada WhatsApp versi beta terbaru, 2.20.110. Perkara ini turut dikongsikan oleh WABetaInfo melalui Twitter.
Kumpulan berkenaan telah menemukan ciri sokongan ini sejak dari November tahun lepas dan didapati ciri ini boleh berfungsi pada iOS dan juga Android.
Testing 👀
When someone adds a new device in his WhatsApp account, you will be notified because encryption keys change.Available in future for iOS and Android! pic.twitter.com/WqrM6cRHWW
— WABetaInfo (@WABetaInfo) March 24, 2020
Namun begitu, tidak dapat diketahui bagaimana ciri berfungsi dan setakat ini kumpulan WABetaInfo boleh mendapatkan pemakluman ketika kod keselamatan E2E di kalangan anggota kumpulan berubah.
Apa pun, keupayaan untuk aplikasi permesejan ini aktif lebih dari satu peranti pastinya bakal disambut baik oleh pengguna. Aplikasi permesejan lain seperti Telegram telah lama mempunyai ciri sokongan ini sungguhpun bilangan penggunannya setakat ini hanya 1 per 10 dari bilangan keseluruhan pengguna WhatsApp.













