WhatsApp versi terkini akan membawakan fungsi panggilan suara berkumpulan sehingga 32 orang ke peranti iOS. Dalam pada masa yang sama, fungsi lain seperti had saiz fail yang boleh dipindahkan, reactionscommunity dan banyak lagi akan diperkenalkan dalam masa yang terdekat ini.

Versi yang terkini, WhatsApp 22.8.80 ini membolehkan pengguna menyertai kumpulan panggilan bersuara sehingga 32 orang. Kemaskini juga menyediakan antaramuka yang direka semula dengan tataletak audio sosial baharu, sorotan pembesar suara dan bentuk grafik gelombang audio.

Selain itu, versi baharu WhatsApp untuk iOS ini telah mengemaskini rekaan untuk belon mesej bersuara dan skrin maklumat untuk kenalan dan kumpula. Juga terdapat perubahan baharu pada media yang ditandakan sebagai kegemaran di dalam galeri.

Fungsi ini sudah mula ditawarkan kepada pengguna-pengguna, namun terdapat sebahagian pengguna memerlukan sedikit masa untuk menerimanya secara berperingkat.

WABetaInfo juga melaporkan pembangun WhatsApp kini sedang mempersiapkan ciri Reactions 2.0 untuk versi desktopnya. Ini bermakna, di dalam kemaskini yang akan datang, pengguna boleh memberikan reaksi terhadap sesuatu mesej dengan apa jua emoji yang mereka mahukan.

WhatsApp juga dilaporkan sedang meneruskan usaha memperkenalkan fungsi membuang tarikh luput pada mesej menghilang.

Tinggalkan komentar