WhatsApp telah mengumumkan pencapaian bilangan penggunanya kini telah mencecah lebih dari 2 billion di seluruh dunia. Pencapaian tersebut telah menjadikan aplikasi permesejan paling popular di Malaysia ini platform kedua ke paras angka ini selepas Facebook.
Sebelum ini, WhatsApp telah direkodkan mempunyai lebih dari 500 juta pengguna ketika syarikat milik Mark Zuckerberg mula mengambil alihnya pada tahun 2014 dahulu. Bilangan pengguna WhatsApp terus meningkatkan kepada 1 billion dalam tempoh dua tahun berikutnya sehingga kemudiannya telah mencecah lebih dari 1.5 billion pada 2018.
Perkhidmatan aplikasi permesejan ini juga kerap memperkenalkan fungsi dan ciri-ciri baru untuk dimasukkan ke dalam aplikasi asasnya dan juga versi perusahaannya (WhatsApp for Bussiness). Selain itu, WhatsApp juga kerap memperkasakan mesej berenkripsi hujung-ke-hujung dan ciri keselamatannya bagi meningkatkan privasi penggunanya.
WhatsApp di dalam satu hantaran di dalam blog rasminya turut menyatakan komitmennya untuk menambah baik perkhidmatannya dari masa ke semasa.
Sumber berita diperoleh dari WhatsApp Blog, Imej cover dari Reuters













