WhatsApp telah dilaporkan mengalami masalah untuk diakses oleh sebahagian besar pengguna di hampir seluruh dunia, merangkumi rantau Eropah, Asia dan benua Amerika Selatan. 

Berdasarkan maklumat dari portal DownDetector, negara-negara yang terkesan adalah, England, German, Belanda, Itali, Sepanyol dan sebahagian besar Eropah Tengah.

Turut mengalami masalah tergendala ini pengguna-pengguna di bandar-bandar utama di dunia dari Rio de Janeiro hingga ke Kuala Lumpur, Tel Aviv, Dubai, Mumbai, dan Toronto.

DownDetector mula mengesan masalah tergendala ini memuncak pada jam 1 pagi tadi. Namun, wakil Whatsapp menyatakan masalah berkenaan mula berlaku pada jam 2.30 pagi.

Masalah berkenaan telah pun berjaya dibaikpulih, namun pihak Whatsapp tidak menyatakan punca kenapa sebahagian besar pengguna WhatsApp tidak dapat menerima dan menghantar mesej ketika awal Tahun Baru ini.

Sumber berita diperoleh dari DownDetector

Tinggalkan komentar