WhatsApp datang lagi dengan kemaskini terbaru yang membolehkan pengguna melihat avatar sendiri di dalam aplikasi permesejan tersebut. Melaluinya pengguna boleh meluahkan ekspresi diri dengan lebih banyak pilihan dengan identiti maya masing-masing.
Menurut WABetaInfo, sebaik sahaja pengguna membuat penetapan avatar sendiri, mereka boleh menghantarkannya sebagai pelekat (stickers) selepas membukan halaman avatar pada papan kekunci borak.
WhatsApp akan menjana pelekat baharu secara automatik selepas sesebuah avatar itu dikonfigurasikan untuk dikongsikan kepada kenalan pengguna. Selain itu, anda juga boleh memilih avatar untuk digunakan sebagai foto profile anda di dalam WhatsApp.
Anda boleh membuat semakan sama ada ciri ini sudah tersedia pada peranti dengan melihatnya pada bahagian akaun WhatsApp anda. Seterusnya, anda boleh pergi tetapan dan cari bahagian “Avatar”. Ciri ini akan ditawarkan kepada pengguna secara berperingkat melalui kemaskini WhatsApp terkini.












