Jika dibandingkan dengan platform permesejan lain di bawah Meta seperti Messenger, WhatsApp dilihat agak lewat dalam memperkenalkan fungsi memberikan reaksi emoji.
Ia baru sahaja diperkenalkan dalam tempoh beberapa bulan sebelum ini dengan pilihan yang dihadkan untuk enam jenis emoji sahaja.
Pun begitu, sesetengah pengguna inginkan lebih banyak lagi pilihan kerana enam sahaja mungkin tidak mencukupi untuk menggambarkan perasaan mereka terhadap sesuatu mesej.
Atas sebab itu, WhatsApp kini telah memperkenalkan ciri untuk memberikan semua jenis emoji pada sesuatu mesej yang dihantarkan di dalam platform terbabit.
Since you askedโฆ
… all emoji Reactions are here! Weโre feeling ๐คฉ๐๐๐คธ๐๐ about it.
Starting to roll out now to Android and iOS pic.twitter.com/Opk7x0n0VP
— WhatsApp (@WhatsApp) July 11, 2022
Ini mungkin bukan satu penambahan besar bagi ciri yang agak baharu diperkenalkan. Namun, mungkin kebanyakan pengguna akan menyambut perubahan terbaru ini dengan baik.
Seperti biasa, penambahan ciri baharu ini akan mengambil sedikit masa dan mungkin sehingga berhari-hari untuk hadir pada peranti Android dan iOS pengguna WhatsApp. Anda yang berminat mungkin boleh kerap membuat semakan kemaskini pada aplikasi masing-masing.













