WhatsApp kini membenarkan sehingga 512 pengguna di dalam sesebuah kumpulan borak. Fungsi berkenaan sebelum ini pernah diperkenalkan secara beta dan ia telah meningkatkan bilangan pengguna di dalam kumpulan borak dari 256 kepada 512.
Kemaskini terbaru ini telah dilaporkan oleh WABetaInfo dan akan diluncurkan kepada pengguna-pengguna WhatsApp di seluruh dunia secara berperingkat pada semua platform iaitu Android, iOS dan juga desktop.
Pengguna yang menguruskan kumpulan-kumpulan borak WhatsApp tidak perlu melakukan apa-apa untuk menerima kemaskini ini. Anda hanya perlu mengemaskini WhatsApp ke versi paling terkini.













