• Kesan sinergistik daripada pelbagai perkhidmatan termasuk DeFi, NFT dan metaverse
  • Memberi tumpuan kepada pengurusan yang cekap dan struktur ekonomi yang komprehensif
  • Bagi mewujudkan ekonomi digital global melalui projek berbilang rantai

SEOUL, Korea Selatan, 19 Disember 2022 19 Disember 2022 /PRNewswire/ — Wemade memperkenalkan sebuah projek baharu WeKonomy dan laman sesawang acahnya. Matlamat projek ini adalah untuk membina ekonomi digital global menggunakan kaedah-kaedah Wemade yang unik.

Wemade perkenal WeKonomy, projek blok rantai komprehensif yang baharu

Projek WeKonomy bertujuan untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk DeFi, NFT dan metaverse yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna, dengan menggunakan banyak mainnet yang aktif. Tumpuannya adalah pada pengurusan yang cekap dan struktur ekonomi yang komprehensif dengan saling menghubungkan perkhidmatan dalam WeKonomy. Bermula daripada peringkat mereka bentuk hinggalah operasi sebenar, kerjasama erat antara perkhidmatan akan mencetuskan kesan sinergistik.

Perkhidmatannya akan melibatkan KLEVA, Kurrency, Konverter, Wezard, serta Weshlist dan bermula daripada Klaytn dan berkembang bagi menyokong berbilang rantai seperti Ethereum Layer 2 dan WEMIX3.0. Berdasarkan kepada ciri kebolehoperasian rantai, ia akan mencipta ekonomi blok rantai yang amat besar dengan WEMIX3.0 pada pusatnya.

KLEVA, dilancarkan pada awal tahun ini, merupakan protokol pemberian pinjaman pertama pada Klaytn yang memperkenalkan perladangan hasil berleveraj. Pengguna boleh memanfaatkan aset-aset mereka untuk menerima pakai strategi pelaburan yang lebih agresif.

Kurrency, dijadualkan untuk dilancarkan pada suku pertama tahun 2023 ialah perkhidmatan dolar kripto yang disokong oleh cagaran yang membolehkan pengguna menempa, mendeposit dan menukar WCD (tajuk kerja). WCD akan mewujudkan asas ekosistem ekonomi WeKonomy melalui hubungan yang erat dengan KLEVA dan Konverter serta bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai mata wang DeFi yang paling dipercayai dan digunakan secara meluas.

Konverter ialah DEX (bursa terpencar) yang penting dalam ekosistem ekonomi WeKonomy. Ia akan menyediakan kepada pengguna dengan pertukaran aset-aset cekap dengan mewarisi dan meningkatkan kekuatan perkhidmatan DEX sedia ada. DEX merancang untuk memulakan perkhidmatannya pada suku kedua tahun 2023.

Wezard ialah bursa derivatif terpencar berasaskan kepada penyedia kecairan. Ia merupakan DEX yang mana dagangan berterusan dapat dijayakan dan pengguna dilindungi daripada gelinciran dan kerugian tidak kekal berdasarkan harga oracle agregat.

Weshlist ialah pasaran NFT mesra pengguna yang akan merapatkan jurang projek-projek Korea/global dan pasaran. Titik fungsiannya yang mantap melibatkan landas pelancaran, pengagregat dan sokongan berbilang rantai. Kesan sinergistik berhubung aset-aset kewangan akan diwujudkan oleh interaksi dengan perkhidmatan DeFi yang lain dalam projek WeKonomy.

Wemade mendorong ke hadapan dengan matlamat untuk menjadi peneraju bagi ekonomi digital global berasaskan blok rantai dan ia meletakkan harapan yang tinggi ke atas projek WeKonomy, sebuah paradigma baharu yang dibawakan untuk mencapai tujuan tersebut, akan mempercepatkan proses tersebut dengan ketara.

 

SOURCE Wemade Co., Ltd

Tinggalkan komentar