Utama Android Samsung Pilihan Warna dan Storan Siri Samsung Galaxy Tab S11 dilaporkan tertiris

Pilihan Warna dan Storan Siri Samsung Galaxy Tab S11 dilaporkan tertiris

78
0
Gambar hiasan Galaxy Tab S10 FE

Samsung dijangka akan melancarkan siri Galaxy Tab S11 tidak lama lagi. Seperti biasa, khabar angin dan maklumat tertiris mengenainya telah tersebar. Kali ini, pentiris maklumat dengan nama Arsene Lupin telah berkongsikan maklumat pilihan warna dan storan tablet tersebut.

Barisan tablet premium berkenaan dikatakan hanya akan menampilkan dua model, tanpa kehadiran varian Galaxy Tab S11+. Hanya Galaxy Tab S11 dan Galaxy Tab S11 Ultra sahaja yang disebut-sebut akan diperkenalkan.

Galaxy Tab S11 dilaporkan akan didatangkan dengan RAM 12GB, dan pilihan storan 128GB, 256GB, dan 512GB serta pilihan warna kelabu dan perak. Manakala Galaxy Tab S11 Ultra pula akan menampilkan RAM 12GB, dan pilihan storan 256GB atau 512GB. Sebelum ini maklumat mengenai Galaxy Tab S11 Ultra telah tertiris lebih awal. Sama juga dengan Tab S11, model Ultra ini juga ditawarkan dengan pilihan warna kelabu dan perak.

Maklumat yang tertiris ini juga menyatakan tentang Galaxy Tab S10 Lite yang dilihat akan menjadi model yang lebih mampu milik. Berdasarkan hantaran di X, tablet ini akan menampilkan RAM 6GB dan storan 128GB. Selain dari pilihan warna kelabu dan perak, turut ditawarkan pilihan warna coral red untuk model ini.

Tidak banyak maklumat lain yang dikongsikan setakat ini dan kesahihan maklumat masih lagi kelihatan seperti meragukan. Setakat ini Samsung masih belum mengumumkan tarikh pelancaran Galaxy Tab S11, namun apa yang pasti Samsung dijangka akan mengumumkan kehadiran tablet  baharunya tidak lama lagi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.