Samsung Galaxy S26 Ultra dijangka akan diumumkan pada Januari tahun hadapan dan berdasarkan sejumlah imej pengolokan tertiris kita dapat sedikit sebanyak gambaran telefon pintar mercu tersebut.

Hari ini terdapat satu lagi maklumat tertiris yang kali ini mendakwa warna-warna yang akan ditawarkan untuk Galaxy S26 Ultra kelak. Salah satunya dikatakan diinspirasikan dari warna Cosmic Orange pada Apple iPhone 17 Pro.

Bagaimanapun, hanya disebabkan imej tertiris menunjukkan Galaxy S26 Ultra di dalam warna jingga, tidak bermakna Samsung akan melancarkan dengan warna tersebut. Perubahan boleh sahaja berlaku pada bila-bila masa selagi pelancaran rasminya belum dilaksanakan.

Malah ketulenan imej tersebut juga boleh diragukan dengan pentiris maklumat popular OnLeaks turut mempunyai pandangan yang sama. Menurutnya, gambar tersebut kemungkinan besar imej janaan AI.

Korang rasa macam mana? Kalau korang rasa benda yang sama, cuba komen kat bawah.

Tinggalkan komentar