Utama Android vivo Vivo Y76 5G, telefon pintar 5G mampu milik akan dilancarkan di Malaysia...

Vivo Y76 5G, telefon pintar 5G mampu milik akan dilancarkan di Malaysia minggu depan

588
0

Vivo Y76 5G akan memasuki ke pasaran Malaysia pada minggu depan. Ia dijangka bakal menjadi telefon pintar 5G paling mampu milik keluaran Vivo setakat ini.

Menjelang pelancarannya, pengeluar telefon pintar dari China ini juga telah menerbitkan beberapa iklan acah peranti berkenaan. Berdasarkan rekaan luarannya, berkemungkinan telefon ini adalah versi global bagi Vivo Y76s 5G yang dilancarkan di China sebelum ini.

Menurut Vivo Malaysia, Y76 5G menampilkan rekaan ultra-nipis, pengecasan pantas 44W dan bateri berkapasiti besar. Telefon pintar 5G ini juga didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Cosmic Aurora dan Midnight Space.

Dalam pada masa yang sama, Vivo turut menjalinkan kerjasama dengan permainan mudah alih popular, Mobile Legends. Walaubagaimanapun, spesifikasi rasmi bagi telefon pintar Vivo baharu ini masih lagi belum diumumkan.

Jika benar telefon ini merupakan jenis yang sama dengan Vivo Y76s 5G, berkemungkinan ia akan menyediakan paparan LCD Full HD+ 6.58-inci 60Hz. Untuk kuasa pemprosesannya pula, ia mungkin hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 810 5G bersama-sama RAM 8GB dan pilihan storan 128GB atau 256GB.

Untuk kamernya pula, pada bahagian belakang disediakan tetapan dwi-kamera dengan sensor utamanya 50MP yang disokongan sensor makro 2MP. Di sebelah hadapannya, ditempatkan sebuah kamera 8MP pada takuk sebelah atasnya.

Menurut Vivo Malaysia, Y76 5G akan dilancarkan pada Selasa, 23 November 2021 jam 8.30 malam secara penstriman dalam talian. Anda boleh mengikutinya menerusi saluran rasmi Vivo di:

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.